Seorang pemilik dusun, Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.
“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.
“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.
Abdul Fatah, yang juga bekas anggota Pas, berkata, mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.
Mizan Ahmad, 45, pula berkata, rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan. — BERNAMA.





3 comments:
jangan dok tanya saya...saya tak tau apa!!kerja ikut Islam nu......
awat hang loglag sangat azizan woi....
Assalam Bro
Itulah akibat dari tersalah menilai antara permata dan kaca... MB ni madang tak tahu apa-apa... Adakah kita patut berketuakan orang yang mudah lupa dan suka memungkiri janji, cakap tak serupa bikin... Mengaku Islam tapi menipu no wahi...
Post a Comment