Wednesday, August 3, 2011

Siapa Jadi Naib Canselor UNISEL Sebenarnya?

2 Ogos 2011, Dr Rosli Saruwono telah mengambil keputusan meletak jawatan dalam masa 24 jam. Keputusan tersebut dibuat kerana Dr Rosli tidak ingin bersekongkol untuk memecat tiga orang pegawai UNISEL tanpa melalui prosedur yang sepatutnya (baca sini). Dr Rosli menyatakan ketika baru dilantik bahawa beliau tidak akan mahu menjadi pak turut kepada sesiapa? Siapa sebenarnya yang menjadi Naib Canselor di UNISEL?

Institusi pengajian yang diuruskan oleh kerajaan negeri pembangkang amat kejam. Bukan sahaja di UNISEL, sebelum ini di KUIN, pada 25 Mei 2011, enam orang mahasiswa KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib yang keras oleh universiti milik kerajaan negeri Kedah tersebut. Timbalan Dekan turut dibuang oleh KUIN (baca sini).




Laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar Master Kejuruteraan Mekanikal pada 11 Mac 2009 di UPM sebelum pensyarah tersebut menyertai UNISEL (baca sini). Bagaimana UNISEL boleh melindungi orang sebegini yang mempunyai kes dan diterima masuk ke UNISEL? Siapa yang menjadi Naib Canselor di UNISEL sebenarnya? Mana dia kumpulan Pro Mahasiswa yang merempuh pintu di UPM dalam isu rogol ini?

0 comments: