Apabila kerajaan Selangor mengumumkan projek perumahan terbengkalai sebagai 6 fokus utamanya pada 2009, ribuan pembeli rumah malang di seluruh negeri itu menarik nafas lega. Masalah mereka kononnya mendapat harapan baru. Rupa-rupanya kena tipu lagi.
Namun janji hanya tinggal janji, apabila peruntukan RM 5 billion belum menampakkan hasil. Tiang rumah masih tinggal tiang, belukar semakin tebal dan bank masih mengejar pembeli, menjadikan mereka rimas. Sekurang-kurangnya terdapat 50,000 unit rumah terbengkalai membabitkan 141 projek perumahan di Selangor.
Sekaligus 50,000 keluarga yang merana angkara projek perumahan yang tidak siap walaupun bayaran balik pinjaman bank sudah bermula. Lebih terbeban, mereka terpaksa membayar rumah sewa yang sedang didiami.
Pengumuman Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mengenai perancangan kerajaan negeri untuk membaik pulih projek terbengkalai pada awalnya membangkitkan harapan. Namun sejak ia diumumkan pada 2009 lalu, janji hanya tinggal janji.
Pembeli rumah Projek Perumahan Tradisi Indah di Port Klang ini antara yang tertanya-tanya. Rumah yang sudah dibeli sejak 2003 masih belum bertukar wajah. Sebaliknya, ia menjadi sarang jenayah dan maksiat.
Zulkifli Abu Kassim, Pembeli: "Bila saya masuk rumah saya, saya tengok ada tilam, ada kondom. Kalau rumah kita dijadikan sarang maksiat, siapa tak kecewa?"
Berkali-kali rayuan dihantar kepada kerajaan negeri untuk menjenguk nasib mereka , namun tiada jawapan.
Rahmah Abu Bakar, Pembeli: "Kalau MB turun sekejap pun, kami akan rasa puas hati. Exco perumahan pun boleh turun. Kenapa tak tak turun? Kalau MB susah, exco pun boleh turun."
Zakiah Norman, Pembeli: "Tolong datang tengok, jangan buat tak tahu sahaja. Tengok dalam LCD, plasma. Datang tengok rumah kami. Macamana? Kami sendiri dah tak lalu lah."
Yang pasti, kerajaan Selangor dilabel hanya pandai berjanji tetapi tidak melaksanakan janji.
Zaidin Akbar Md. Said, Pembeli: "Apabila datang sahaja kerajaan baru, bawa hasrat dan misi untuk bantu rakyat seolah bawa satu kuasa baru untuk saya. Mengharapkan kerajaan bantu atasi apa yang berlaku. Tapi sehingga sekarang, tak ada sebarang perubahan, tak ada sebarang tindakan untuk tangani masalah projek terbengkalai."
Janji Khalid Ibrahim di Selangor terus terbengkalai. Berjanji bukan main seronok lagi, bila dapat memerintah janji pun tinggal janji. Rakyat terus ditipu oleh harapan palsu pakatan pembangkang.

2 comments:
janji manis pergi lah tengkok lembah beringin

Post a Comment