Monday, August 22, 2011

Pusat Tuisyen Seleweng Akidah Tidak Lagi Beroperasi


SEORANG kanak-kanak bermain-main di hadapan pusat tuisyen yang diarah tutup kerana menyebar dakwah Kristian di Jalan Klang Lama, semalam.


21 Ogos 2011, Pusat tuisyen yang dikatakan menyebar dakwah Kristian secara halus di Jalan Klang Lama berhampiran sebuah pasar raya besar dekat sini didapati tidak lagi beroperasi setelah diarah tutup oleh Kementerian Pelajaran. Pusat tuisyen tersebut telah berkunci. (baca lanjut di sini).

Kawasan sekitarnya juga lengang tanpa kehadiran tenaga pengajar dan pelajar pelbagai kaum termasuk pelajar Islam yang dikatakan sering mengunjungi pusat tuisyen tersebut.

Penduduk yang ditemui, Rosiah Ibrahim, 52, berkata, pusat tuisyen itu tidak lagi beroperasi sejak didedahkan oleh akhbar ia menyebar dakwah Kristian secara halus kepada pelajar di sekitar kawasan tersebut.

"Memang ramai yang mengunjungi pusat tuisyen ini kerana ia mengajar secara percuma, tetapi ia tidak lagi dibuka setelah dilaporkan menyebarkan dakwah Kristian," katanya.

Pusat tuisyen tersebut sepatutnya hadir untuk memberi penjelasan bukan hilang begitu sahaja setelah tindakan mereka didedahkan oleh akhbar.Mana wakil rakyat yang bertanggungjawab? Mengapa menghilangkan diri untuk membantu? Pusat tuisyen tersebut terletak dalam parlimen Seputeh yang diwakili oleh Teresa Kok. Dalam isu ini, mengapa Teresa Kok berdiam diri? Wakil-wakil rakyat PAS juga sunyi sepi, apakah telah diminta tutup mulut oleh Teresa Kok?

0 comments: