‘‘Untuk meletakkan air mani seseorang pada sesuatu sampel atau rektum, orang yang hendak meletakkannya perlu ada air mani orang tersebut bukan?’’
Pertanyaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden itu menyebabkan saksi pembela ketiga dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim, Dr. David Wells terdiam seketika dan pada mulanya enggan memberikan sebarang jawapan kerana baginya soalan itu lebih sesuai ditujukan kepada pakar asid deoksiribonukleik (DNA).
Selepas Mohd. Yusof menjelaskan bahawa soalannya tidak langsung menjurus mengenai kehadiran DNA dan hanya melibatkan air mani sahaja, Wells kemudiannya bersetuju dengan cadangan tersebut.
Soalan yang pada mulanya mengundang gelak tawa daripada mereka yang berada di galeri awam termasuk penyokong Anwar Ibrahim akhirnya menyebabkan dewan mahkamah menjadi sunyi seketika selepas jawapan tersebut diberikan.
Soalan tersebut dikemukakan ekoran dakwaan pihak pembelaan sebelum ini yang menyatakan bahan bukti telah tercemar dan air mani Anwar telah diletakkan pada calitan-calitan putik kapas. (baca lanjut di sini)
Mohd. Yusof dalam hujah di akhir kes pendakwaan sebelum ini menyatakan, ‘tiada bukti bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ada menyimpan air maninya di bank sperma kecuali sekiranya pihak pembelaan mencadangkan air mani Anwar bertaburan di tempat kejadian.’ Kalau pihak pembangkang dan pihak Anwar Ibrahim tuduh air mani itu sengaja dimasukkan ke dalam rektrum dan pada calitan kapas, dari mana Saiful dapat air mani Anwar itu? Anwar sudah semakin kantoi dalam kes ini.





4 comments:
Benda yg tak mampu dibuat ke utk mengadakan airmani tanpa tanpa pemiliknya? I don't believa at all yg 'kita' tak mampu buat..
menarik ni..cerita semakin panas..persoalan yang perlu dijawab oleh anwar dan peguam belanya..
Daripada simpanan koleksi China Doll.
xpun amik dr bontot bini dia kot..sape tahan main ikut blkg beb..hehe
Post a Comment