Friday, August 12, 2011

Pembesar Suara Masjid : Apa Motif Tindakan DAP?


11 Ogos 2011, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid. Ini bermakna larangan ini juga termasuklah dalam masjid yang majoritinya adalah orang Islam.



Apa rasionalnya larangan itu dibuat ke seluruh negeri? Sedangkan ada juga kawasan-kawasan di Pulau Pinang majoritinya adalah orang Melayu termasuklah di kawasan kampung-kampung. Apakah tindakan yang dibuat oleh JHEAIPP ini mengambil kira pandangan daripada kariah masjid di kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang? Apakah keputusan ini dibuat dengan pengetahuan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang?

DAP sengaja menggunakan JHEAIPP ini untuk bertindak ke atas institusi agama orang Islam di Pulau Pinang. Mengapa tindakan ini perlu dibuat dalam bulan Ramadhan? Bukankah pada bulan Ramadhan ini, umat Islam bangun awal sebelum Subuh untuk bersahur? Jadi apa salahnya pembesar suara di masjid dalam kawasan majoriti orang Islam pada bulan puasa ini. Sesudah tidak dapat memecah belahkan orang Melayu melalui pilihan raya masjid, pembesar suara pula menjadi sasaran DAP.

0 comments: