Thursday, August 4, 2011

Pembangkang Bikin Fitnah Lagi



Free Malaysia Today, sebuah laman pro pembangkang telah mengadakan satu lagi cerita fitnah kononnya 50 orang bekas ahli parlimen UMNO mendesak Dato' Seri Najib meletak jawatan. Dakwaan itu tidak benar sama sekali setelah disemak dengan PENAWAR ( Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO).

Cerita yang direka ini adalah untuk mengalihkan isu PAS sedang berunding untuk menggantikan Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh sebagai ketua pembangkang yang baru. Teknik diversion yang cuba dibuat oleh laman pro pembangkang ini hanyalah sekadar untuk mencipta persepsi baru terhadap rakyat. Cuba melemahkan kepimpinan Dato' Seri Najib yang kini mendapat sokongan yang semakin meningkat. Sesudah mencipta cerita palsu tentang kad pengenalan Mismah kini mereka reka lagi cerita palsu ini. Sudah-sudahlah mencipta persepsi tidak benar. Tiga orang ahli parlimen pembangkang ini berstatus Permanent Resident (PR)?




Akhirnya yang kantoi adalah tiga orang ahli parlimen pembangkang yang dikatakan pendatang asing. Baca pendedahan Mymassa ini. Sebenarnya orang yang mempunyai kod kelahiran 71 bermaksud pemilik MyKad tersebut lahir di luar negara. Tiga orang ahli parlimen pembangkang iaitu Azmin Ali, Saifuddin Nasuiton dan Zuraidah Kamaruddin lahir di luar negara dan mendapat kerakyatan di Malaysia. Mereka bertiga ini lahir di negara mana? Sila dedahkan kepada rakyat perkara ini.

0 comments: