Thursday, August 25, 2011

Peguam Anwar Tertikam Diri Sendiri

25 Ogos 2011, peguam Anwar Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa makmal yang mengendalikan analisis DNA di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD). Mereka berkata makmal tersebut tidak mengikut standard dan piawaian dunia (baca pendedahan ini). Sebenarnya yang tidak mengikut piawaian dunia adalah barisan-barisan peguam Anwar Ibrahim sendiri. Mereka hanya menuduh tanpa membuat penyelidikan dan semakan rapi. Akhirnya yang terkena adalah anak guam mereka sendiri iaitu Anwar Ibrahim.


Sebenarnya makmal Forensic Division yang terdapat di Petaling Jaya telah mendapat pengiktirafan pada tahun 2006 lagi dari ASCLD. Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mendapat pengiktirafan dari ASCLD (baca sini). Ini bermakna pembohongan yang cuba dibuat oleh barisan peguam Anwar Ibrahim gagal malah telah tertikam diri sendiri. Anak guam pun berbohong, barisan peguam pun hendak berbohong sama. Bohong tidak menjadi bila terkantoi dan tertikam diri sendiri.

0 comments: