Terbukti, PAS menyimpan seorang Ketua Pemuda yang bermasalah. Bukan sekadar jutawan segera, sila lihat siapa yang bersolat berlatar belakang Wisma DAP ini. Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 (baca lanjut).
Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam, 22 Ogos 2011, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar pada 23 Ogos 2011.
Fauzi ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. "Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.
Nor Azli adalah salah seorang 'jutawan segera' di Perak. Rumah bernilai RM500,000 dibina. Mengapa Nor Azli tidak mengisytiharkan asetnya semasa. Semua kekayaan itu Nor Azli dapat hanya 11 bulan pemerintahan kerajaan DAP di Perak. Mana sumber Nor Azli untuk sogok Fauzi dengan wang RM50,000? PAS masih mahu menyimpan Ketua Pemuda PAS yang terbukti bermasalah ini. Apakah Nasharuddin Tantawi sanggup menyimpan Ketua Pemuda bermasalah ini? Bercakap orang lain rasuah, tapi bila mereka merasuah kenapa hendak sembunyikan dari masyarakat.





0 comments:
Post a Comment