29 Ogos 2011, memang sudah dijangka dari awal, bila sudah terkantoi maka kebiasaannya pemimpin pembangkang akan nafikan dan tuduh pihak lain sebagai jahat. Itulah cara mereka memainkan persepsi rakyat dan terus mengekalkan kepercayaan pihak yang menyokong mereka. Sampai bila permainan bohong dan nafi ini perlu dibiarkan?
Ianya satu amalan politik yang tidak sihat. Lebih-lebih lagi bila cuba mempersoalkan sejarah dan melabel pihak keselamatan sebagai pengganas. Perkara sebegini tidak sewajarnya dipolitikkan. Jika ada pihak yang cuba memesongkan fakta, merekalah yang patut dikenakan tindakan. Kita tidak boleh lagi membiarkan pihak yang membuat salah untuk terus nafi dan cuba mengugut untuk menyaman pihak yang mendedahkan kesalahan mereka tersebut.
Mohd Sabu ternyata berbohong untuk menyelamatkan diri. Mungkin juga Mohd Sabu sengaja bercakap demikian untuk membuat diversion kepada isu-isu utama yang dimainkan pada 21 Ogos 2011 iaitu isu murtad di gereja DUMC dan pendedahan pusat tuisyen di parlimen Seputeh oleh Buletin Utama TV3 pada malam tersebut.
Mohd Sabu tidak ada modal lagi untuk berceramah melainkan mengikut telunjuk dan skrip yang sudah diberi oleh DAP. Malang bagi PAS kerana ada seorang Timbalan Presiden yang suka berbohong, mudah lupa dan ikut telunjuk DAP. Utusan juga perlu menyaman Mohd Sabu kerana memalukan Utusan di Malaysiakini dan Harakahdaily dengan tuduhan palsu. Bukti video di bawah ini cukup kuat untuk membawa Mohd Sabu ke mahkamah.





3 comments:
Sesiapa yang jumpa Mat Sabu Barua tolong bagi satu penampar Jepun. Dia kata polis itu kerja dengan British tetapi Mat Idris serang polis itu patut jadi hero. Tapi Mat Idris itu Komunis. Jadi Komunis herolah yea.
Penjenayah Botak Chin Merompak dan membunuh dan sebahagian hasil diberi pada orang miskin. Jadi Botak Chin tu hero lah jugak kot. Inilah cara PAS dan Pakatan Rakyat selama ini usury matlamat menghalalkan cara.
Jangan lupa bagi dia penampar Jepun untuk anggota keselamatan yang gugur.
MAT SABU lupa apa dia cakap, sebab dia tengah HIGH ke waktu berceramah? Atau dia dah masuk umur lajut, maka penyakit NYANYUK dah hingap!
mat merapu lupa apa yang dia cakapkan kerana dia takes beer till drunk dan dia perlu membalas jasa khalifah lim gilo engkau yang telah membiayai belanja perubatannya semasa menyertai demonstrasi ganas bersih 2.0 dulu.
Post a Comment