Beliau yang telah berkhidmat 20 tahun dengan meredah hutan untuk memerangi pengganas, tidak faham bagaimana Timbalan Presiden Pas itu sanggup menyokong komunis.
“Sudah dua, tiga hari saya berfikir macam mana beliau boleh hina bangsa dan agama sendiri. Jika beliau sudah tidak mahu tinggal di Malaysia, bolehlah keluar dari negara ini.
“Orang macam Mohamad Sabu ibarat ‘kain buruk’ kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Wan Taha yang berkhidmat dari 1964 hingga 2001 dalam pasukan keselamatan dengan pangkat terakhir sebagai sub inspektor berkata, kenyataan Mohamad Sabu itu tidak boleh diterima sama sekali.
“Saya berbulan-bulan masuk hutan tinggalkan anak bini di rumah, semata-mata untuk pastikan negara aman damai untuk anak cucu kita, tetapi beliau pula sokong komunis. Apa tujuan dan matlamatnya. Saya tidak boleh terima sama sekali.
“Mohamed Sabu tidak pernah tinggalkan anak bini. Beliau cuma tahu ‘melalak’ sahaja. Kalau beliau tidak jaga percakapannya, saya bimbang nanti beliau jadi ‘Mat Penyapu’ pula,'' katanya.
Wan Taha berkata, ramai yang tidak tahu tentang kekejaman komunis kerana mereka tidak masuk hutan untuk memerangi pengganas, sebaliknya sekadar membaca berita dalam akhbar.
Katanya, Mohamad Sabu mungkin ‘buta sejarah’ kerana membuat kenyataan yang mengguris hati keluarga dan ahli pasukan keselamatan, tetapi kenyataan itu dilihat lebih bermotifkan politik. - UTUSAN.
Tidak mustahil Mohd Sabu akan digelar Mat Penyapu kerana beliau bercakap tanpa berfikir dengan mendalam terlebih dahulu. Kebebasan bercakap atas pentas politik telah disalah guna untuk tujuan-tujuan memuji DAP dan komunis telah memakan diri Mohd Sabu sendiri. Dulu Mohd Sabu pun tidak berfikir panjang masa kantoi di bilik 121, masa gelar Anwar Al Juburi yang kini jadi kawan baik dia. Sudah kantoi, Mat Penyapu akan buat-buat lupa mengikut apa yang diperintahkan oleh Si Luncai DAP.






3 comments:
Mat Sabu terlupa ! Terlajak perahu boleh diundur telajak kata buruk padah nya !
HALAL SYAHRIE BALING SELIPAR KAT MUKA DIA BILA JUMPA NANTI
babun punya manusia akai tak dak cakap tak pakai otak dia ni memang bawa sial ,,tok wan aku kena bunoh dgan komunis sampai hari ni dok tang mana pun tak tau.mat sapu ni apa tau dah nak mampuih kot.kurang ajar punya orang. dan dah terlebih berpolitik la tu terlam pau teruja dan seronok lebih
Post a Comment