Dalam satu Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, Mat Sabu telah menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar (baca sini).
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” kata Mohd Sabu.Pejuang pejuang negara yang gugur dalam tragedi Bukit Kepong pada 5 pagi pada 23 Februari 1950 ini telah dihina oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Nampaknya Mat Sabu ini sudah dirasuk oleh komunis-komunis yang masih ada dan hendak berkuasa di negara ini bagi menghina pejuang-pejuang negara. Bercakap hingga lupa sejarah dan asal-usul siapa komunis yang sebenar.
Sudahlah tidak tahu membezakan antara kereta Waja dan Pajero polis, kini Mohd Sabu tidak tahu beza antara polis yang memperjuang kemerdekaan dengan komunis yang membunuh orang Melayu. Dengan ucapan yang amat gila ini, Mohd Sabu wajar ditahan atas Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) kerana dengan jelas menghina pejuang-pejuang negara dan mengangkat komunis sebagai hero. Ini dakyah yang tidak sihat bagi seorang Timbalan Presiden PAS. Kita tunggu apa komen Nik Aziz tentang kenyataan Mat Sabu ini?

4 comments:
Ambiga secara terang ingkar dan durhaka thdp perintah agong pun masih blm ada tindakan.
MB khalid secara terang tipu dan jual nama sultan pun masih blm ada tindkan. walhal perkara ini sgt serius dan haru diambil tindakan segera! ini kan pula kes mat sabu ni... jgn harap ada tindakan.
-rakyat kecewa
Mi wajar di hukum Mati oleh masyarakat Melayu Islam..
Dia sungguh menghina pejuang..
Komunis Chin Peng ialah double agen..pada mulanya dibekal senjata british untuk melawan Jepun..tetapi Chin peng juga menegakkan agenda Bintang 3 untuk menjajah Tanah Melayu dari jepun melalui bantuan Cina..
so mat sabu..pejuang komunis melayu hanyalah kuda tunggangan kepada ketuanan Chin peng & Lim Guan Eng..
Apa sumbangan Mat Sabu pada agama bangsa dan negara ?? kecuali jadi penghasut pemecah belah umat islam dan bangsa sendiri...hidup nya sia sia dari muda sampai tua!! apa puun tabole
Tiada satu pun jasa nya.kecuali
perosak agama pada bangsanya dan negara...
Post a Comment