Thursday, August 11, 2011

Kenapa Hendak Pertahankan Gereja Haram?


Satu demi satu tembelang pecah, hingga menyebabkan ramai yang sedar, patutlah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta semua pihak 'tutup mulut'. Buat apa hendak suruh orang tutup mulut dan pertahankan gereja haram?

Terbaru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya itu 'gereja haram'.

Ini setelah pegawai MBPJ memaklumkan pihaknya hanya memberi kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja.

Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentadbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ (baca lanjut di sini)

0 comments: