17 Ogos 2011, "semberono" begitulah kata Muhammad Hazim (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM) yang menyifatkan pihak berwajib (JAIS) memasuki gereja secara semberono. Malah menyatakan pula umat Islam yang terlibat dalam gereja tersebut telah dihukum tanpa bukti. Apakah pelajar ini tidak menonton video yang dirakam JAIS (lihat sini) dan tidak melihat sendiri soalan-soalan kuiz yang melampaui batas agama dalam gereja tersebut dan sanggup melihat sahaja ayat-ayat eksklusif untuk Islam dinyanyikan dalam gereja? Apakah pelajar ini sudah dirasuk oleh ideologi PAS yang begitu tebal hingga meletakkan sokongan terhadap parti melebihi kepentingan agama?
Atau telah terpengaruh dengan kata-kata Penasihat DAP, Chen Man Him ini. Ideologi yang bersifat sosialis, radikal terhadap Islam dan menghina kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Malah menuduh JAIS sebagai "Gestapo" pula. DAP sebenarnya yang berperangai "Gestapo", apakah kita sudah lupa kelakuan seorang ADUN DAP pada 6 Januari 2011? (baca sini). Mengusir warganegara Malaysia balik India dan berlaku kejam pada peniaga.
DAP lebih Gestapo kerana mengusir peniaga di Pulau Pinang (baca sini). DAP lebih Gestapo dan kurang ajar bila menggelar orang lain dengan panggilan monyet (baca sini). Menggelar orang Cina lain yang tidak separti dengan mereka dengan panggilan haiwan (baca sini). Lebih kejam bila DAP mahu mengusir orang Melayu terus dari Balik Pulau (baca sini). Apakah tindakan-tindakan ini masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang tidak semberono? Mahasiswa yang mengetuai persatuan pelajar Islam perlulah ada prinsip dan pendirian sendiri. Memalukan nama Islam dan mahasiswa jika mengikut telunjuk DAP, PAS dan PKR.

5 comments:
Tak tahu ape yang mereka perjuangkan... Harap dalami agama... sayang... anak muda sekarang semakin jahil....
budak U ni kadang2 bukan jahil tapi "bodoh" ... dia ingat dia pakai kopiah putih tu dah layak boleh tarbiah org ...cina2 DAP yg ceroboh beberapa masjid dan tidak hormat adab tak ada ke yg nak suruh tarbiah ....muka lu gua tgok pun dah kecik jer ....
Assalam Bro
Sebab tu suruh belajar sampai abis dulu... barulah nampak macam pandai.. dan boleh lah kalau nak tegur orang, tapi kenalah dengan fakta... kalau setakat baru belajar separuh dah nak tegur ustaz2 kat JAIS tu tak betullah... Dia siapa? Persatuan dia pun orang luar dari UPM tak iktiraf? Kalau setakat budak ni memang confirm keluar esok akan jadi pencacai pembangkang... DUIT BELAJAR SIAPA TANGGUNG... KALAU PTPTN TU JANGAN LUPA BAYAR BALIK...
Kamu, jika inilah cara kamu berfikir, HANCUR negara.
Habiskan belajar dulu, pastikan final CGPA nanti 3.6 and above, lepas tu pergi kaji perbandingan antara politik negara.
Cara kamu berhujah terlalu rapuh, langsung tidak mengambarkan yang kamu mampu berfikiran kritis. Terlalu sempit ke arah satu aliran fahaman politik.
Setakat kopiah dan janggut sejemput tak payah nak berhujah merubah hala. Kamu terlalu kecil jika dibanding para ustaz yang faham & mengerti tentang hukum hakam.
Dan jangan lupa bayar hutang pinjaman bila habis study nanti, Jangan nak sibuk kahwin. Jagalah bangsa dan agama kamu.
aku@JB.
asssalamualaikum encik azrinizam. :) apa kata encik buat je kelas untuk budak2 ni??? like what you taught me. tapi saya nak belajar lagi. thanks for all the knowledge. :)
hidup kemaman! hehe
Post a Comment