Thursday, August 18, 2011

Isu Gereja DUMC: PAS Tidak Ada Pendirian

Dalam Dewan Pemuda PAS ada satu unit yang dinamakan sebagai Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD). Sepatutnya FORKAD berperanan untuk pembanterasan usaha memurtadkan umat Islam dan operasi pemulihan akidah bagi Muslim yang tercemar akidah, namun lihatlah apa yang FORKAD lakukan di atas, mereka lebih sibuk dengan usaha untuk berkuasa semata-mata.



PAS lebih sibuk hendak jumpa pihak gereja dari berjumpa dengan 12 orang umat Islam yang terperangkap di gereja tersebut. Kenapa PAS takut media masuk sama dalam perjumpaan antara PAS dan gereja? Apa yang hendak disembunyikan?

Kerana tamak hendak berkuasa, PAS sudah hilang pendirian. Dalam satu sidang meja bulat yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, FORKAD dan GAMIS turut hadir. Malah mereka lebih tahu menyalahkan akhbar memutar belit isu akidah di gereja DUMC tanpa mengecam dan bersatu untuk menyokong tindakan JAIS (baca sini).
Kerana tamak kuasa, PAS sudah hilang pendirian. Takut kepada DAP hingga sanggup gadai agama sendiri.

1 comments:

Anonymous said...

Tak tau lagi ke...orang2 PAS sekarang ni mana ada taring kepala pun boleh diketuk2 nak tau bunyinya macam mana,bunyi tong kosong da...