4 Ogos 2011, Hassan Ali menyatakan bahawa terdapat bukti penyebaran agama lain terhadap 12 orang umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Malah dalam majlis tersebut dipercayai perkataan Quran telah diguna sama (baca sini). Nampaknya Hassan Ali menyokong tindakan JAIS menyiasat majlis yang berlaku di gereja tersebut kerana dikhuatiri telah menyebarkan agama Kristian terhadap umat Islam.Namun tindakan JAIS tersebut telah dibantah oleh Khalid Ibrahim yang mengarahkan semua Exco Kerajaan Negeri Selangor agar menutup mulut. Maknanya, Khalid Ibrahim arah Hassan Ali tutup mulut biarpun ada bukti kukuh (baca sini). Khalid mahu Hassan tutup mulut untuk membolehkan usaha mengkristiankan umat Islam berlaku?
Mungkin Hassan Ali akan menerima nasib yang sama seperti Dr Rosti, Naib Canselor UNISEL. Jika bermaruah Hassan Ali perlu letak jawatan seperti Dr Rosti, jika tidak pun Khalid Ibrahim pasti akan gugurkan Hassan Ali sebagai Exco. Sanggup Hassan Ali bersekongkol lagi dengan tangan-tangan DAP yang mahu memurtadkan orang Islam di Selangor? Lihatlah pada Group Facebook yang sokong murtad, siapa lagi kalau bukan DAP dan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim sendiri (baca sini).





0 comments:
Post a Comment