Wednesday, August 3, 2011

Double Y Dedah Pembohongan Malaysiakini

Laporan Malaysiakini yang ditulis oleh seorang penulisnya bernama Kuek Ser Kuang Keng pada 4.05 petang, 2 Ogos 2011 berkaitan seorang penduduk tetap (PR) bernama Mismah telah mendapat kad pengenalan dalam masa 4 jam adalah tidak benar (baca sini). Laporan Kuek tersebut ternyata menyalahi etika kewartawanan dan tidak bertanggungjawab.


Semakan yang telah dibuat oleh Double Y mendapati artikel yang dibuat oleh Malaysiakini adalah tidak benar. Double Y telah membuat semakan terhadap status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".


Double Y telah membuat semakan kali kedua dengan Semakan Daftar Pemilih dan mendapati status yang keluar adalah "Tiada Dalam Daftar Pemilih". Ini bukan kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel yang melanggar etika kewartawanan dan sengaja ingin mencetuskan propaganda murahan agar rakyat marah dengan SPR. Sewajarnya wartawan yang bernama Kuek Ser Kuang Keng dikenakan tindakan terhadap tulisan yang salah tersebut. Artikel tersebut harus ditarik balik. TIndakan mahkamah adalah jalan terbaik untuk mengajar Malaysiakini.

3 comments:

Anonymous said...

sokong 100%...harus di ambik tindakan...tapi...siapa yang berani?..amaran..amaran..amaran..Bilanasi dah menjadi bubur..baru saling tuding menuding...memang sikap orang malaysia...ambil mudah...cuba kalau kena puak penipu rakyat...memang cepat dia orang bertindak balas...very effusion...kata orang..

Anonymous said...

kah kah kah tarik balik kerakyatan wartawan berkenaan dan berikan pada PATI bangla. sudah tentu bangla berkenaan lebih mampu jadi warga negara yang jauh lebih berhemah! kah kah kah

Anonymous said...

hahah spr pon ngaku ada kesilapan teknikal caner lu plak kata langgar etika wartawan...