Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.
Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.
Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka. - Metro
Bukan setakat itu sahaja, blog Badar Suci telah mendedahkan ada orang Melayu yang dihimpit dengan masalah kewangan telah diberi sogokan wang berpuluh ribu ringgit. Apakah ini agenda sulit untuk mengkristiankan orang Melayu di Malaysia? Menggunakan "tiket" makan malam dan kutipan HIV/AIDS untuk mengabui mata penguasa Islam di Malaysia.
Ini yang cuba dilakukan oleh mubaligh Kristian terhadap orang Melayu di Selangor. Mengapa Khalid Ibrahim hendak arah Exco Selangor tutup mulut tentang perkara ini? Mahu perkara ini menjadi barah mahu hendak tergadah? Tindakan Khalid Ibrahim jelas sekali mengikut telunjuk DAP. Memalukan sekali.
Saturday, August 6, 2011
Bukti Serbuan JAIS di Gereja Berasas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment