Friday, August 26, 2011

Asri Buat Kenyataan Ini Untuk Hidup?

Sungguh memalukan bagi bekas Mufti Perlis ini kerana masih lagi berpendirian untuk menyebelahi pihak gereja dan seakan-akan menyalahkan pula pihak yang membuat siasatan di gereja tersebut sebagai pihak yang salah. Apa sudah jadi dengan Dr Asri ini? Mungkin kenyataan ini dibuat oleh Dr Asri semata-mata untuk terus hidup? (baca sini)

Dulu satu ketika bukan main lagi Dr Asri mengecam Anwar Ibrahim, kini jentik Anwar pun tidak berani, malah sejak keluar berulang kali di Malaysiakini, hendak kecam gereja yang berusaha untuk murtadkan orang Islam pun sudah takut. Dato' Seri Shahidan Kassim yang pernah menjaga Dr Asri suatu ketika dulu perlu memberi teguran kepada bekas Mufti ini. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr Asri kebelakangan ini telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menghalalkan kegiatan dan usaha mereka memurtadkan umat Islam di negara ini. Jangan ikut DAP untuk hidup.

9 comments:

YY said...

Dasar wahabi!

Anonymous said...

Kalau si mat pit anak si polan lari ke rumah jiran kerana ada masalah keluarga, berterima kasihlah pada jiran berkenaan kerana memberikan si anak tadi bahan keperluannya iaitu PIT tadi.

Harimau-Menaip said...

salam.

Salah tafsiran Tuan tu. Dr. Maza sindir bahagian zakat/baitulmal tu.

Al Capone said...

Setuju pandangan Tuan....jangan terlalu politik hingga agama tergadai

Al Capone said...

Setuju pandangan Tuan....jangan terlalu politik hingga agama tergadai

airman_1 said...

to be or not to be popular artis

Anonymous said...

WAHHABIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Anonymous said...

Bodoh punya blogger, fahamilah apa yg ustaz tu cakap. jangan nak salahkan orang je...tanganilah...

Anonymous said...

Tetapi saya ada diberi tahu kawan sendiri tentang seorang bapa nak hantar anak ke pusat tahfiz. Kewangan tak cukup disebabkan kedaifan. Minta bantuan Baitul Mal di negeri tempat mereka tinggal - hingga berjumpa bos no. 1. Tak jalan. Si bapa mengadu kepada kawan saya - pengusaha 'restoran dan katering makanan'. Kawan saya ini membantu memberi perbelanjaan setiap bulan. Jadi belajarlah si anak di pusat tahfiz. Di takdirkan satu ketika kawan saya ini buat katering untuk orang Baitul Mal no. 2 katanya. Dia bercerita seraya mengadu. Selepas itu si bapa yang memohon tadi disuruh membuat permohonan semula. Bantuan Baitul Mal-pun didapati. Apa yang telah berlaku?
1) Pemohon tak layak?
2) Salah cara dan kurang jelas - pada permohonan asal?
3) Pengaruh kawan saya tadi? Tetapi, dia bukan orang yang terpelajar dan berpolitik. 
4) PR yang baik?

Mengikut pandangan kawan saya, orang no. 1 tadi memang kuat ber-'protokol'. On the other hand, orang no. 2 pula 'mesra ummat'. Jadi, bagaimana perkara macam ini boleh diatasi supaya bantun Baitul Mal - mana-mana negeri - dapat dipemudahkan demi kesejahteraan ummat Islam?

...ana hanya Ali Baba (reporter atas pokok)