
Estrada, kawan baik Anwar turut sama ingin datang berkempen di Malaysia. Dalam kenyataannya di University of the Philippines di Diliman, Quezon City., Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin terhakis dan rakyat negara ini tidak mendapat pilihan raya umum yang bebas selain media yang juga tidak bebas dalam melaporkan berita.Anwar turut mendakwa terdapat 200,000 warga Indonesia didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia. Mengapa Anwar tidak bercerita sama bahawa isterinya pun mempunyai nombor kad pengenalan 71?
Anwar turut mendakwa kes liwat keduanya yang akan bermula semula pada Isnin ini berkemungkinan akan dilengah-lengahkan sehingga pilihan raya umum akan datang. Siapa yang tangguh kes liwatnya? Anwar sendiri yang menangguhkan kes tersebut dengan pelbagai alasan, helah dan tipu muslihat.Sudah 65 kali kes liwat ditangguh dalam masa 3 tahun. Ini satu sejarah bagi satu-satu kes yang dibicarakan di mahkamah. Pihak Human Right Watch dan Amnesty International tidak adil jika tidak memberikan hak kepada mangsa dalam kes liwat ini.






0 comments:
Post a Comment