Tuesday, August 23, 2011

Anwar Beri Keterangan Tanpa Bersumpah Cakap Benar

22 Ogos 2011, Anwar Ibrahim memberi keterangan dalam kandang tertuduh dengan membacakan dokumen setebal 32 mukasurat. Apa yang pasti Anwar Ibrahim masih tidak dapat menafikan beberapa perkara lagi untuk menolak dakwaan tersebut.

1) Anwar tidak bersumpah bercakap benar dalam kandang tertuduh. Banyak kenyataan Anwar adalah berbaur politik. Boleh percayakah apa yang Anwar sebut tersebut adalah benar? Atau sekali lagi Anwar berbohong?

2) Kenapa takut bersumpah cakap benar? Alasan yang diberikan bahawa prosedur mahkamah menghalangnya adalah tidak munasabah kerana bersumpah adalah atas kehendak diri sendiri.

3) Anwar tidak menafikan berada dalam bilik yang sama dengan Saiful. Sedangkan Anwar berkata beliau sedang bermesyuarat pada waktu tersebut. Mesyuarat apa hingga ke kondominium? (baca sini)

4) Anwar gagal menafikan "lelaki Y" yang berada dalam CCTV adalah bukan dirinya. (baca sini)

5) Anwar juga gagal nafikan password "Mokhtar" adalah tidak benar. Siapa lagi yang tahu password tersebut selain Anwar dan Saiful?

6) Anwar gagal buktikan siapa hendak bunuhnya ketika beliau bersembunyi di kedutaan Turki ketika kes liwat Saiful baru dilaporkan. Terbukti Anwar hanya reka cerita sahaja. (baca sini)

7) Kalau Anwar kata sampel yang diambil dari penjara tersebut tidak mengikut prosedur dan standard antarabangsa, mengapa tidak beri sampel DNA beliau sendiri di mahkamah. Buat apa takut kalau tidak bersalah? (baca sini)

Tujuh persoalan ini akan membuat Anwar pening kepala memikirkan bagaimana hendak menipu lagi di kandang mahkamah. Dalam kes video sex pun Anwar pening hendak menjawab inikan pula dalam kes ini. Bersiap sedialah dengan hukuman.

0 comments: