Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengalami kecederaan kepala ketika 'pergelutan' selepas polis melepaskan gas pemedih mata di bawah bangunan Stesen Sentral Kuala Lumpur, Nurul Izzah Anwar mendakwa pihak berkuasa tidak bertanggung jawab kerana mereka bukan penjenayah (baca sini). Benarkah Anwar terkena gas pemedih mata?

Anak dan bapa memang pandai berlakon di depan kamera.
Anwar Ibrahim pening-pening lalat setelah melarikan diri daripada ditahan oleh pihak polis. Dalam keadaan huru hara tersebut, pengawal peribadinya turut terjatuh. Dalam video Reuters di atas ini, apakah kita nampak gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menyebabkan Anwar Ibrahim terjatuh? Banyak jurugambar yang berada semasa Anwar didakwa diserang, mana gambar yang menunjukkan Anwar diserang oleh polis? Tidak ada, semua cerita tersebut ditambah sendiri oleh Anwar. Pakar tokok tambah cerita. Anwar dakwa beliau berdarah di kepala, ada nampak tak? Pandai betul berlakon.





0 comments:
Post a Comment