Wednesday, July 27, 2011

Tolak Biometrik Bukti PAS Semakin Jahil


Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik - UTUSAN.

3 comments:

MFI said...

mungkin ahli2 PAS yang semakin jahil..Tuan Guru Nik Aziz pun sudi mendengar penjelasan mengenai sistem biometrik..dorang yang tolak tu mungkin pk cara tersebut akan memberi kelebihan kepada pihak kerajaan

Anonymous said...

Utusan Meloya sumber ngko?
kah kah kah kah

banitamim said...

aku runsing betui ngan mat sabu ni..
datang bagi ceramah kat tempat aku takde lain kerja ngutuk je..
aku dok kat dlm umahpun boleh dengo sebijik2..