Thursday, July 14, 2011

Taktik BERSIH Diimport Dari Luar Negara

Srdja Popovic adalah seorang pelatih revolusi (non violent warfare) yang berlaku di Tunisia, Iran dan Mesir. Sdrja Popovis sedang menunjukkan bagaimana untuk berusaha menarik keluar pihak polis atau tentera dan menyatakan "there is a place for them in the news". Maksudnya mengumpan pihak polis untuk keluar dari "stand in & defense position" untuk bertindak terhadap pendemonstrasi. Bila polis bertindak, maka kamera dan video akan mengambil apa sahaja aksi polis terhadap mereka yang berdemonstrasi. Video ini akan upload dalam Youtube dan gambar tersebut akan dipusingkan dalam blog untuk menarik simpati rakyat.

Neda Iran
Video Neda dirakamkan ketika jatuh dalam revolusi Iran.

Taktik Sdrja Popovic ini telah digunakan dalam demonstrasi di Bulldozer Revolution di Serbia. Taktik non violent warfare yang sama digunakan di Iran, watak seorang wanita bernama Neda yang kononnya ditembak oleh militia yang pro pada Ahmedinejad telah disebarkan untuk cetuskan Green Revolution. Di Tunisia, Bouazizi telah dijadikan simbol kebangkitan dan di Mesir, kematian Khaled Said telah dijadikan satu cetusan revolusi untuk jatuhkan Hosni Mubarak.

Suhardi sedang berlakon di jalan Puduraya.


Suhardi berlakon seolah- olah hendak mati ketika demonstrasi BERSIH.

Di Malaysia, BERSIH cuba adaptasi taktik yang diajarkan oleh Sdrja Popovic ini. Lihatlah bagaimana Tian Chua mengumpan polis untuk bertindak kepadanya di KLCC, bagaimana Anwar Ibrahim berlakon memakai sarung tengkuk, bagaimana Suhardi boleh berlakon jadi watak arwah Baharuddin yang meninggal dunia. Taktik ini diimport dari Sdrja Popovic yang mendapat pembiayaan daripada Open Society Insititute yang dimiliki Soros. Usah biarkan negara ini terperangkap dengan taktik ciptaan luar ini. Suhardi, Tian Chua dan mereka yang mengamalkan taktik luar ini perlu dikenakan tindakan.

2 comments:

Anonymous said...

Se baik nya waktu si kedegak nie buat2 mati atau pengsan, sorang simbahkan air kencing terus kat muka dia..atau selak seluar dan terus kencingkan kat muka dia...kemudian kita sama2 tengok...kau dia tak terus bangun ...nasib lah. Pulak tu ...makan petai atau jering dulu...
sebelum kencing terus kat muka dia.

Anonymous said...

ini taktik sudah lapuk daa.....
Sebenar nya taktik hanya boleh digunakan sekali sahaja tak boleh di ulang. Polis negara lain boleh dipermainkan oleh Mat Salleh Yahudi tu tetapi PDRM TIDAK boleh ditipu. PDRM lebih pintar dari taktik Yahudi tu....Syabas PDRM, Syabas IGP anda telah membuat tugas yang sebaik-baiknya.

TAS ASLI