Wednesday, July 6, 2011

Signboard Mahal di Penang & Selangor


Inilah cara kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT). Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah memperuntukan RM24,000 untuk menggantikan 25 unit papan tanda yang rosak di Pantai Jerejak (baca sini). Mahalnya kos untuk 25 unit papan tanda? Papan tanda kecil di atas bernilai RM960 seunit. Harga RM960 naik sejumlah RM660 berbanding hanya RM300 seunit pada tahun 2008 (baca sini).



Satu papan tanda ini bernilai RM960 setiap satu? Ada lagi sejumlah RM1.2 juta peruntukan tahunan untuk menyelenggara kemudahan di Pulau Pinang. Tiada akauntabaliti dalam membelanjakan peruntukan rakyat di Pulau Pinang. Begitu juga di Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memperuntukan wang sejumlah RM1.8 juta dalam belanjawan tetapi ada signboard yang dibina secara tidak efesien (baca sini). Termasuklah mahu membina signboard bernilai RM600,000 di Selangor (baca sini). Ini merugikan wang rakyat. Beginilah cara DAP dan PKR memerintah. Mengata orang rasuah, tetapi mereka bagaimana pula?

2 comments:

Hafidzan said...

Assalamualaikum Bro,

JKR buat signboard utk Istana Negara baru paling mahal RM450.00. Tu siap decorative, installation, footing foundation.

Kalo yang macam kat dlm gambar ni, kat area KL boleh dapat RM 350 - RM 400 (ini pun dah cukup mahal). Apa material yang dia pakai? Mahal bebenor..hehe

Anonymous said...

dia buat signboard pakai emas 24K.....