Sunday, July 24, 2011

Qari & Qariah Malaysia Johan Tilawah



Tahniah kepada Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan yang muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Julai 2011. Seluruh dunia berkumpul di Malaysia untuk pertandingan musabaqah Al Quran.

Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus. Musabaqah Al Quran peringkat antarabangsa telah diadakan di Malaysia sejak 1961, pertandingan pada tahun ini merupakan kali ke-53. Al Quran menyimpan seribu satu rahsia dan petunjuk kepada umat Islam akhir zaman, moga ianya diambil pengajaran untuk memastikan agama, bangsa dan tanahair terus terbela.

1 comments:

He is AM said...

alhamdulillah...