Wednesday, July 6, 2011

PSSPGM Menyokong Penuh Datuk Seri Najib

Pada 4 Julai 2011 di rumah ayahanda Datuk Abdul Majid bin Md Isa, ayahanda-ayahanda dan juga pesilat Pesaka Gayong menafikan fitnah bahawa mereka menyokong Bersih 2.0. Secara jelas Ayahanda Abdul Majid dan pimpinan Silat Pesaka Gayung menyatakan taat setia pada Yang Dipertuan Agong, dan menyokong kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini satu pembohongan besar. Saya dan pertubuhan ini tidak terlibat langsung. Saya sebagai ketua tidak akan mengheret pesilat-pesilat ini untuk terbabit semata-mata demi kepentingan seseorang. Kami tetap dengan mandat pertubuhan dari dahulu lagi yang akan berdiri teguh di belakang kerajaan yang sah dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong. Matlamat kami bukan untuk menjadi kumpulan samseng untuk menghasut manusia supaya menjadi angkuh,” kata Datuk Abdul Majid.


Pada 29 Jun 2011, Keadilan Daily dan Anwaribrahimblog telah menyiarkan kenyataan daripada Dato Abdul Majid dalam blognya (baca sini). Ternyata dakwaan blog Anwar tersebut adalah tidak benar bila Dato Abdul Majid membuat penafian terhadap fitnah yang dibuat oleh blog tersebut. Terbukti blog Anwar Ibrahim pun sama macam tuannya, pakar pembohong.

0 comments: