Satu fan pages diwujudkan di Facebook untuk kumpulkan mahasiswa yang sokong BERSIH. Jika pengendali fan pages ini adalah mahasiswa, ianya perlu dikenakan tindakan.
Seramai 21 pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan oleh polis kerana menyertai BERSIH. Mereka adalah antara 500 penuntut yang dikenal pasti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan ditahan selepas mematuhi arahan bersurai pihak polis.
Daripada jumlah itu, seramai 14 merupakan penuntut IPT awam, antaranya dua pelajar politeknik dan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tujuh lagi pelajar yang ditahan adalah penuntut IPT swasta termasuk seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan dua pelajar yang menuntut di Mesir.

Apakah pelajar-pelajar yang terbabit dalam BERSIH ini adalah dari kalangan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro Mahasiswa? Poster diatas dikesan di laman Pro Mahasiswa UIA yang menyokong penuh perhimpunan BERSIH (baca sini). Malah Pro Mahasiswa UPM juga turut menyiarkan artikel untuk mengecam KPT yang akan mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang menyertai BERSIH (baca sini).
Ini bermakna kumpulan tidak berdaftar yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro Mahasiswa ini juga sebenarnya adalah penyokong kuat BERSIH yang diketuai oleh Ambiga. Pihak universiti perlu bertindak ke atas pelajar yang menyertai perhimpunan haram BERSIH. Jika tidak, mereka tidak akan lagi menghormati undang-undang yang sedia ada.

1 comments:
MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAAAT.Singkirkan mereka sebelum terlambaat.
Post a Comment