skip to main |
skip to sidebar
30 Jun 2011, seorang kakitangan pejabat UMNO Bahagian Cheras telah mendapati pejabat UMNO telah disimbah dengan cat kuning dan dibaling dengan empat ekor ayam yang telah disembelih. Kejadian yang sama turut berlaku di pejabat UMNO Bahagian Tun Razak yang turut terkena simbahan cat berwarna kuning.
Ketua UMNO Bahagian Cheras berpendapat bahawa unsur provokasi yang dibuat tersebut mungkin ada kaitan dengan perhimpunan haram BERSIH 2 yang dirancang pada 9 Julai 2011. Kejadian sebegini tidak sewajarnya dilakukan, ianya mengundang kepada perpecahan perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini. Dalang-dalang yang terbabit dalam merancang unsur-unsur provokasi dan subversif ini perlu ditahan oleh pihak berkuasa. Keamananan negara ini boleh tergadai sekelip mata jika pihak subversif dan ektremis sebegini bermaharajalela.
0 comments:
Post a Comment