Friday, July 1, 2011

Malaysiakini Pertikai Khutbah Jumaat

Malaysiakini laman portal pro pembangkang telah mempertikai kandungan khutbah Jumaat yang dibacakan dalam masjid pada solat Jumaat, 1 Julai 2011. Malaysiakini mendakwa teks khutbah tersebut menyentuh tentang BERSIH 2. Sekali lagi Malaysiakini tersilap besar. Seperti mana kesilapan Malaysiakini tentang jumlah peserta yang turun memprotes Lim Guan Eng di Pulau Pinag. Peserta 2,000 orang tetapi lapor 300 orang (baca sini).

Siapa Malaysiakini untuk mempertikai khutbah Jumaat? Sewajarnya portal yang banyak menimbulkan persepsi yang kurang baik kepada rakyat dan mempertikaikan khutbah Jumaat ini diambil tindakan. Dibimbangi, jika unsur unsur subversif dan provokatif yang cuba dibawa masuk ke dalam negara ini telah cuba dipertahankan habis habisan oleh portal terbabit. Malaysiakini mungkin adalah satu portal yang bersuara untuk "orang luar" (baca sini). Jangan dibiarkan keamanan negara ini dicabuli. Mempertikai khutbah jumaat adalah satu tindakan yang tidak wajar.

1 comments:

Anonymous said...

kenapa pulak khutbah jumaat kat selangor sentuh pasal politik ko pertikai kan ??? khutbah jumaat kat purtrajaya cakap pasal BERSIH yg memihak pd barisan nasional takpe ?