Mahasiswa tidak perlu terlibat sama dengan himpunan BERSIH yang diketuai oleh Ambiga. Banyak lagi perkara yang boleh difokuskan oleh mahasiswa. Namun masih ada mahasiswa yang sanggup berpakat dengan pihak-pihak tertentu untuk mempertikaikan tugas anggota keselamatan bagi menjaga keamanan negara ini (baca sini). Sewajarnya Majlis Perwakilan Pelajar membimbing pelajar agar tidak terlibat sama dengan BERSIH bukan mempertikaikan pula usaha pihak keselamatan. Jangan membiarkan mahasiswa dipergunakan untuk berdemo seperti yang pernah berlaku di Kuantan ini.
Pihak pentadbiran UPSI perlu memantau dengan serius laporan dari blog ini yang mendakwa ada pelajar-pelajar UPSI yang turut sama menyokong BERSIH. Tentu menghairankan bila ramai bakal guru-guru turut sama hendak sokong BERSIH yang dianjurkan Ambiga. Malah ucapan Muhammad Afiq Fikri , YDP MPP UPSI menolak himpunan BERSIH telah dipertikaikan oleh pihak mahasiswa di universiti terbabit. Bakal pendidik dan mahasiswa perlu menolak BERSIH. Usah menyokong tanpa usul periksa. Masa depan negara ini boleh jadi tidak menentu jika keamanan dan keharmonian digadaikan.





1 comments:
salam, bro minta siasat kalau betul siarkan... pelajar USIM dan bekas MPP (masih menuntut)nilai ditangkap kerana edar baju dan risalah BERSIH di terengganu... kalau betul memang USIM sarang pembangkang... lama dah kengkawan dlm USIM cerita USIM ramai student n pensyarah kaki sokong anwar, PKR dan PAS... kena hebahkan dan bersihkan USIM segera... NC dan pengurusan tertinggi depa asyik kata USIM neutral menyebabkan usaha dari KPT dan luar x boleh masuk untuk benteras gerakan ini... dipercayai MPP USIM juga byk yg condong pd PAS tp sbb univ suruh depa toljol neutral... tap percaya ramai bekas MPP USIM aktif dgn PAS... siasat dan kena dedahkan... panas sbb USIM dah kronik... tq
Post a Comment