Datin Seri Rosmah Mansor difitnah kononnya telah membeli sebiji cincin berlian (diamond) yang berharga US$24 Juta (RM73 Juta). Menurut Malaysia Today cincin itu telah dibeli di “New York-based fine jewellers, Jacob & Co.”. Chegu Bard pun tumpang sekaki hendak memfitnah Datin Seri Rosmah. Adakah masuk akal cincin berlian bernilai RM73 Juta dihantar menerusi menerusi syarikat kurier ke lapangan terbang KLIA? Kurier tersebut kemudiannya akan diimbas mesin X ray oleh ‘customs operations manager’ bernama A Krishnan? (baca sini). Ini cerita yang direka-reka, sama macam cerita Suhardi berlakon mati di atas jalan Puduraya untuk memfitnah pasukan polis.

Foto skrin Malca Amit ini telah diubah suai untuk memfitnah Datin Seri Rosmah. Mengapa tidak ditulis alamat Malca Amit yang berada di Thailand dan Singapura? (baca sini).Pembangkang sudah kering modal. BERSIH tidak jadi. Anwar mula disoal di mahkamah. Tidak ada cara lain untuk alihkan perhatian rakyat melainkan terus memfitnah dan fitnah.
Cerita cincin berlian RM73 juta pula jadi bahan fitnah. Rasanya kalau pembuat cerita ini disaman, dia akan lari lagi bersembunyi di luar negara. Sebagaimana cerita Altantuya yang membuatkannya berkelana ke luar negara. Sudah sudahlah, rakyat sudah muak dengan cerita-cerita spin sebegini, rakyat hendak tahu apa cerita di mahkamah tentang isu Anwar.

0 comments:
Post a Comment