Saturday, July 23, 2011

Cerita Sebenar Tentang Arwah Baharuddin


Rakaman video polis menunjukkan kematian, Baharuddin Ahmad, 59, berhampiran Kuala Lumpur City Center (KLCC) 9 Julai lalu, bukan disebabkan keganasan polis atau gas pemedih mata.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, tohmahan orang awam di Internet mengatakan polis zalim hingga menyebabkan mangsa terkorban adalah tidak benar dan palsu.

“Kematian Baharuddin tidak ada sebarang kaitan dengan gas pemedih mata, keganasan polis, ketidakkerjasamaan polis dan kelewatan ambulans. Dari masa arwah (Baharuddin) masuk ke Avenue K hingga disahkan mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semuanya tiada dalam pengetahuan polis.

“Polis dapat maklumat pertama setelah doktor laporkan kematian pada jam 5.25 petang,” katanya.

Menurutnya, pada hari kejadian kumpulan haram itu berkumpul di Jalan Ampang, Yap Kwan Seng dan Jalan P Ramlee.

Selepas itu kumpulan tersebut berpecah dan yang berhimpun di Jalan Ampang termasuk Baharuddin melarikan diri ke dalam bangunan Avenue K dengan pantas kerana pintunya mahu ditutup.

Berdasarkan rakaman video, arwah kelihatan berlari sambil meletakkan tangan kiri di atas dadanya, kemudian rebah dan tidak bernafas. Masa dalam rakaman video ketika itu menunjukkan jam 4.28 petang.

“Terbukti tohmahan apabila mengatakan Baharuddin mati akibat tindakan polis sedangkan hasil siasatan mendapati tiada tembakan meriam air mahupun gas pemedih mata berhampiran KLCC.

“Juga tohmahan apabila Baharuddin dikatakan dipukul polis hingga patah tulang rusuk dan gigi serta pecah bibir sedangkan laporan bedah siasat mengatakan tiada kecederaan luar atau dalaman ditemui, sebaliknya arwah dilaporkan mengalami serangan jantung,” katanya. Ini bermakna berita yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang mendakwa tulang rusuk Baharuddin patah ketika bantuan CPR adalah tidak benar (baca sini). Pihak polis perlu menyaman Malaysiakini atas berita tersebut.



Sementara itu, lelaki yang didakwa mati hingga disangka Baharuddin pada hari kejadian itu adalah seorang ‘key player’ dikenali Shuhardi Md Isa yang bertindak untuk membangkitkan semangat provokasi penyokong terhadap polis.

Berdasarkan video itu kedengaran suara Shuhardi mengajak orang ramai duduk sambil berkata “Polis tidak datang kita gagal, jika tak datang kita gagal”.

Salleh berkata, dalam perhimpunan itu dan ketika Shuhardi berjalan ke arah polis di Jalan Pudu, dia sesak nafas. Dia kemudian dibawa ke hospital dengan menaiki kenderaan polis.

“Shuhardi diminta tampil untuk membantu siasatan polis,” katanya -SINAR HARIAN.

3 comments:

dahlamaMeluat said...

selepas 2 minggu bersih 2.0, rakyat mula mempersoal bagaimana kerajaan UMNO menangani perhimpunan bersih.
Polis diberikan tekanan oleh UMNO supaya mencuci taik yang diberak oleh UMNO. Bahkan UMNO cuba menjadikan PDRM sebagai kambing hitam kepada kebodohan UMNO.
Sebagai membalas amalan UMNO yang suka membuli, polis menggunakan taktik yang sama digunakan oleh geng datuk T, "video yang tidak mungkin dipercayai oleh rakyat dizaman era internet".
Lihat! apa yang terjadi, rakyat seolah-olah dipaksa menelan "muntah hantu", ada yang menelannya kerana kebodohan, ada yang menelanya kerana terpaksa, ada yang menelannya kemudian terus kejamban untukm berak dan ada yang tungeng punggung.
Taniah Mahyuddin Yasin, kerana peluang jarang datang mengolek

Anonymous said...

Actually, polis lebih bijak dari puak pembangkang dalam hal ni. Polis sengaja bagi time supaya pembangkang akan spin secukupnya sampai tali dah set untuk menjerut leher sendiri. Barulah polis keluar kad ace. Bam! Checkmate, be. Checkmate.

Kemudian keluarlah ayat-ayat basi. Polis pencacai UMNO lah. Polis barua UMNO lah. Hahahaha. Kantoiiiiiii. Tak tau malu ke, orang Bersih ni? Kata Bersih?

Anonymous said...

kalau dh terlampau taksub sampai benda yang salah pun nk dikatakan benar....koman betul otak pencacai ambiga ni......klu dh perhimpunan pun kotor,kotor jugak pemikiran...sendiri mau ingat la...