Wednesday, July 13, 2011

BERSIH: Tian Chua Punca Anwar Sakit Tengkuk

Tian Chua memulakan larian mengajak orang lain untuk merempuh polis. Tian Chua yang memulakan provokasi terhadap polis. Pembangkang dipercayai sengaja merancang drama bagi membolehkan Anwar Ibrahim cedera semasa himpunan BERSIH di KL Sentral. Ketua lakonan drama tersebut adalah Tian Chua.

Tian Chua serta puluhan lelaki melaungkan perkataan 'serang' kemudian membuat kiraan satu sampai tiga, sebelum meluru ke arah FRU.Keadaan itu memaksa, anggota FRU yang berada kira-kira 10 meter dari Tian Chua dan kumpulan perusuh, melepaskan gas pemedih mata yang mana salah satu daripada kelongsong peluru dipercayai terkena muka pengawal peribadi Anwar.

Pada masa yang sama, terdengar pula arahan daripada salah seorang perusuh supaya keadaan kelam-kabut (akibat gas pemedih mata) yang sengaja ditimbulkan Tian Chua dan kumpulan lelaki tersebut. Ternyata BERSIH telah menjadi pentas lakonan terbaik untuk Suhardi yang menipu rakyat bahawa beliau adalah arwah Baharuddin yang meninggal dunia di KLCC. Lakonan Suhardi sebenarnya dipentaskan di atas jalan di Puduraya. Lakonan rusuhan Tian Chua dipertontonkan di KL Central dan akhirnya aktor utama hadir dalam babak klimaks di hospital dengan tengkuk berbalut. Rakyat sudah muak ditipu.


1 comments:

Anonymous said...

KESIAN PENGUNDI PARLIMEN BATU. TERSALAH PILIH MP. YANG KAKI GADUH RUPANYA. NASIB NASIB