
Menurut KLPOS, Ambiga Sreevenasan (Pengerusi BERSIH 2) memaklumkan kepada wartawan sebentar tadi bahawa perhimpunan yang dirancang akan di adakan di jalanraya pada Sabtu ini 9 Julai akan di tukar ke lokasi stadium setelah mendapat nasihat dari Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan. Lokasi stadium belum di sahkan namun mengikut sumber di antara Lokasi Stadium yang telah di berikan kebenaran oleh Pihak Polis sebelum ini adalah Stadium Bukit Jalil, Stadium Shah Alam dan Stadium Merdeka.
Apa perlunya Ambiga hendak buat demonstrasi lagi? Mengapa tidak memberikan terus memorandum tersebut pada Yang Dipertuan Agong? Demonstrasi bukanlah cara yang profesional bagi seorang bekas presiden Majlis Peguam. Tidak perlu lagi demonstrasi di stadium, lebih baik penuhkan stadium untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya menentang Liverpool dan Arsenal untuk persediaan hadapi Singapura dalam kelayakan Piala Dunia. Marilah bersama sokong Harimau Malaya, bukannya BERSIH.






0 comments:
Post a Comment