Bab berbohong dan berlakon memang mereka pandai. Boleh "mark up" jumlah dekat 10 kali ganda. Daripada jumlah 6,000 orang boleh tambah jadi 50,000 orang. (baca sini) Sasaran mereka 300,000 orang, memang jauh tersasar. Kalau 6,000 orang, hanya 2% dari sasaran sebenar. Kalau ikut markah sudah dapat gred "F", maknanya "fail". Memang wajar diberikan nama 2.0 sebab markah pun dapat 2 sahaja. Namun bab nasi tambah memang serah dekat pembangkang, mereka memang pakar putar belit.Habis rakyat susah kerana putar belit pembangkang. BERSIH apa kalau jalan dan kawasan sekitar kotor selepas BERSIH diadakan. BERSIH apa jika menyusahkan seluruh warganegara Malaysia ini. Perhimpunan tersebut hanya untuk membolehkan Anwar berlakon buat-buat sakit. Masuk wad dan pakai sarung tengkuk kembali. Silap silap selepas ini duduk balik atas kerusi roda. Bolehlah dia lari daripada perbicaraan nanti. Semua tertipu dan merana kerana seorang yang bernama Anwar Ibrahim.





0 comments:
Post a Comment