Sunday, July 24, 2011

Beng Hock : DAP Perlu Tanggungjawab




DAP harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock dan tidak terus menerus mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dalam hal tersebut.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ahli politik terutamanya DAP yang disifatkannya sebagai lidah bercabang di dalam dan di luar mahkamah seharusnya berhenti memperkudakan keluarga Beng Hock demi kelangsungan politik mereka.

"Janganlah secara terus menjaja kes bunuh diri ini sebagai suatu pembunuhan kerana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja amat jelas," katanya di dalam blog http://zahrainmp.blogspot.com hari ini bagi mengulas mengenai keputusan yang dibuat hasil siasatan tersebut sebelum ini.

Rumusan suruhanjaya itu yang bersidang selama 50 hari dan mendengar serta mengumpul keterangan daripada 70 saksi termasuk pakar dari dalam dan luar negara sebelum ini menyatakan bahawa Beng Hock telah membunuh diri.

Zahrain berkata, DAP juga digesa agar tidak asyik menuding jari kepada pihak lain sebaliknya melihat kepada kesalahan diri sendiri serta dosa mereka kepada Beng Hock dan keluarganya.

"Kesimpulannya, Beng Hock membunuh diri ketika sedang disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan rasuah pemimpin DAP di Selangor. Ini fakta yang cuba diputarbelitkan pihak tertentu agar kepincangan mereka tidak timbul.

"Kepincangan DAP telah mengakibatkan Beng Hock membunuh diri. Kepincangan DAP mengaitkan Beng Hock dalam kes rasuah dan hal-hal bersangkut-paut dengan pemberian kontrak di Selangor. Kenapa pihak lain dipersalahkan dan bukannya DAP?" katanya.

Beliau berkata, DAP sekurang- kurangnya perlu memohon maaf kepada keluarga Beng Hock kerana secara tidak langsung telah menyebabkan kematiannya selain perlu membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada mereka - UTUSAN.

1 comments:

Anonymous said...

TBH bersubahat dalam kegiatan merasuah. Seharusnya keluarga dia MALU dan SOROK muka mereka.

RASUAH tetap RASUAH kenapa pula perlu diberi layanan istimewa? Perasuah ialah seorang penjenayah!!

Nanti jadi kes macam KUGAN.. PENCURI tetap PENCURI tak kira hidup atau mati, mereka ini adalah penjenayah.