Saturday, July 9, 2011

Anwar Ibrahim Pakai Sarung Tengkuk Lagi

Demonstran BERSIH yang ditangkap diberi layanan baik di PULAPOL. Makanan percuma dan mereka menikmatinya dengan penuh khusyuk. Ini bukti dakwaan bahawa mereka diberi layanan buruk adalah tidak benar sama sekali. Pihak yang memberi layanan buruk kepada mereka adalah penganjur BERSIH sendiri.

Penganjur BERSIH tidur atas tilam empuk-empuk dan makan sedap-sedap di Hotel Midah (jawatankuasa BERSIH) dan Hotel Hilton (jawatankuasa dan kepimpinan PAS & PKR). Mereka yang diajak datang BERSIH hanya tidur di Pasar Seni, tepi jalan, stesen keretapi, puduraya dan rumah-rumah tumpangan. Inikah kebajikan yang dibawakan oleh penganjur BERSIH? Ahli-ahli BERSIH yang lain hanya dipergunakan sahaja. Bila ditahan, pemimpin mereka lari masuk wad berpura-pura sakit.


Anwar sempat lagi "berposing" ketika berada dalam wad.


Tembakan gas pemedih mata hanya diadakan di Pudu menurut Ketua Polis Negara. Dakwaan bahawa tembakan gas dibuat dalam kawasan tertutup seperti KL Sentral adalah tidak benar dan melanggar SOP. Sekali lagi Anwar menggunakan Twitter untuk selamatkan diri. Anwar sempat lagi Tweet selepas cedera di kepala dan lutut.

Katanya cedera di kepala dan lutut, tetapi kenapa pula pakai sarung tengkuk? Setiap kali sakit Anwar mesti pakai sarung tengkuk. Hebat lakonan Anwar ini. Ada lagi yang masih hendak percaya pada pelakon hebat ini? Sudah tentu "lakonan sakit" ini akan dijadikan alasan untuk lari daripada perbicaraan liwat nanti. Anda masih percaya lagi dengan lakonan ini? Ini bukan superimpose, ini memang Anwar Ibrahim.

3 comments:

Anonymous said...

pelik nyer ade pulak doktor yg to'ot dengar ckp dia.pasang segala bagai tu.apa kata bagi ubat bius jer..biar dia koma terus

hangkedee said...

16 julai pasti tunda.gambar nampak sperti anuar tapi bukan anuar...Anugerah Tuhan.Papa Hebat berlakon.

Anonymous said...

Itu jam Anwar pakai, Omega kah?