Tuesday, June 21, 2011

Taib Azamuddin, Mahfuz dan Ustaz Azizan



PAS Kedah merombak saf kepimpinan parti itu termasuk menggugurkan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib daripada jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengekalkan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, rombakan tersebut adalah sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal berlangsung pada bila-bila masa. Apakah rombakan ini kerana Ustaz Azizan tidak bersetuju dengan beberapa tindakan Mahfuz berkaitan dengan KUIN? Juga apakah rombakan ini dibuat untuk menutup kesalahan yang dipertikaikan oleh Mohd Sabu, berkaitan isu balak di Kedah? Pasti ada sesuatu yang tidak kena di sana.

0 comments: