Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj


"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad
SAW) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami
berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-
tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui." Surah An-Najm :13 – 18 :

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, dua perkara penting pengajaran peristiwa Israk Mikraj adalah, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya.

Justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu. Hari ini umat Islam di Malaysia khususnya perlu memahami pengajaran Israk Mikraj ini dengan mendalam, janganlah terpengaruh dengan anasir-anasir yang mahu memecah belahkan umat Islam. Berpegang teguhlah pada kepimpinan yang sedia ada untuk kesejahteraan umat. Muslim yang sayangkan agama dan negaranya tidak akan mengkucar kacirkan negara ini.

0 comments: