Sesudah berjaya memujuk PAS untuk meninggalkan motto rasminya iaitu "Membangun Bersama Ulama" kepada PAS For All serta mengalihkan motif utama PAS daripada menubuhkan sebuah negara Islam mengikut acuan PAS kepada negara yang berkebajikan, DAP dilihat mahu memecah belahkan pula institusi umat Islam iaitu masjid.
Pada 6 Jun 2011, borang pencalonan untuk pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 telah diedarkan di masjid-masjid di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP, Pulau Pinang. Menurut DAP, pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP. Tersiratnya, DAP ingin memecahkan kariah orang Islam di sesuatu kawasan. Sudahlah orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti, dalam soal hendak memilih imam, bilal dan siak yang selama ini disepakati secara syura pun mahu ditentukan oleh DAP.
DAP memang suka orang Melayu berpecah. Senanglah mereka untuk perintah di Pulau Pinang. Agenda tersembunyi DAP adalah untuk melihat orang Melayu berebut jawatan dan kedudukan sedangkan dalam masa yang sama DAP terus mengukuhkan kedudukan mereka. Sampai hal ehwal masjid pun hendak ditentukan oleh DAP. Apakah pemilihan yang ada dalam DAP dan PKR selama ini telus dan bersih? Sudahlah khutbah pun disunting untuk mendoakan Lim Guan Eng, kali ini mereka mahu kecamuk, selerak dan porak peranda institusi masjid yang menjadi tempat penyatuan orang Islam. DAP memang melampau.






4 comments:
jangan kata macam tu. nanti tok-tok lebai pas marah. jangan kacau apa yang saudara seagama mereka (tapi tak pernah mengucap)nak buat. depa sangat suka buat musuh orang yang mengucap kalimah syahadah dan solat setiap hari. jangan kacau dap. depa sangup perang untuk dap walaupun dengan orang islam lain yang tak sebulu dengan mereka.
Komen menerusi Utusan Online :
PILIHANRAYA MASJID - BERBANGGALAH
Saya telah membaca beberapa artikel mengenai cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang yang ingin mengadakan pilihanraya untuk jawatan kuasa masjid serta beberapa artikel yang mengulas cadangan tersebut. Cadangan tersebut kemungkinan akan datang diperluaskan ke Selangor yang mana turut diperintah oleh DAP (cuma yang menjadi MBnya sahaja PKR).
Sebenarnya ada pro dan kontra di dalam cadangan tersebut. Positifnya mungkin melalui pilihanraya, pemilihan AJK ini akan dilihat lebih telus dan mengambarkan kehendak sebenar masyarakat setempat. Maka akan kuranglah masalah cakap-cakap dibelakang.
Yang negatif ialah dengan cara ini kita telah mendedahkan satu institusi yang paling mulia di bumi dan antara tempat yang paling disukai Allah dibumi menjadi percaturan dan dibawah telunjuk kaum musyrikin iaitu DAP. Begitu lemahnya kita sehingga cara mentadbir surau dan masjid pun ditunjukkan dan dipaksakan keatas kita oleh puak musyrikin . Dan yang lebih pelik ialah ini berlaku di negara islam kita sendiri. Malulah wahai YB Malik Kasim kepada diri sendiri dan kepada Allah azzawajalla.
Saya percaya ramai diantara kita yang masih bermaruah dan tidak sanggup agar sesuatu yang diiktiraf oleh agama ini sebagai salah satu kenderaan meniti siratul mustaqim akhirnya dilihat boleh dijualbeli dan dipolitikan oleh para musyrik dengan cara menekan EXCO agama dan institusi agama negeri.
Kalau cara pemilihan ini amat baik, kenapa ianya tidak dilakukan di Kedah dan Kelantan yang dikuasai PAS?. DAPkah lagi pandai mengurus masjid berbanding PAS?. Satu persoalan lagi ialah kenapa PAS selalu membisu dengan apa saja perbuatan tak senonoh DAP, tapi pandai komplen Mufti Perak dan ditohmah dengan pelbagai gelaran walhal tuduhan mereka adalah jelas tidak berasas sama sekali.
Sebenarnya ada niat halus yang sedang difikirkan oleh DAP dengan bantuan PAS dan PKR untuk orang melayu. Seperti yang diketahui, DAPlah yang untung kalau melayu berpecah. Orang melayu kini telah berpecah dan berbalah dalam politik, dalam hal-hal lain mereka sukar untuk berbalah. Jadi salah satu cara untuk bukan sahaja memecahbelah, malah menghancur-lumatkan perpaduan melayu, PR perlu membuatnya diperingkat mikro. Peringkat mikro ialah di masjid dan surau.Sudah barang tentu, bila ada pilihanraya, akan ada kempen, kutuk mengutuk, caci-mencaci, akan ada pro kerajaan dan pembangkang, akan ada team A dan team B, akan ada jatuh-menjatuh, cantas-mencantas (jangan sampai sogok-menyogok). Maka orang melayu yang kini berpolitik sepanjang tahun sambil berkerja, kini akan meninggalkan kerja untuk terus berpolitik tanpa henti. Bangsa lain bolehlah mengaut dan meneroka peluang-peluang kekayaan dibumi Malaysia tercinta.
DAP tahu kaum Melayu yg berpecah belah senang utk DAPig Cina merampas The Republic of Malaysia.
Melayu mudah lupa ..............
Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah
Post a Comment