Fatwa Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid." Kesan fatwa ini amat besar, terutamanya dalam isu Memali di Baling pada 19 November 1985. Malah ada kes sembahyang dua imam kerana fatwa Haji Hadi tersebut. Dulu kata pada UMNO, sekarang bila PAS kerjasama dengan DAP, bagaimana pula?Slogan negara PAS ini berterusan hingga buku bertajuk "Negara Islam" keluaran Oktober 2003, terbitan Brotisis Info System. Buku 53 halaman itu menjadi motto PAS untuk menghadapi pilihan raya umum pada 2004. "Negara Islam adalah sebuah negara negara kebajikan yang diasaskan di atas prinsip syara' demi mendaulatkan Islam sebagai ad Deen yang lengkap, sempurna, menuju kebahagiaan dunia dan akhirat" mukasurat 11, buku Negara Islam PAS. Bila sudah rapat dengan DAP, semua prinsip itu digadaikan untuk bersama-sama merebut kuasa semata-mata.
Dalam muktamar PAS ke-57, tiada lagi slogan "negara Islam" bagi PAS. Semuanya sudah berubah kerana PAS sudah terikut cakap DAP. Negara berkebajikan cara pakatan DAP, PAS dan PKR amat bertentangan dengan Fasal 5 (i dan ii) dalam perlembagaan PAS sendiri. Dasar PAS tidak lagi konsisten bila dipengaruhi oleh DAP. Ahli-ahli PAS perlu menuntut penjelasan dari kepimpinan PAS, mengapa perlu digadai prinsip bila diacah oleh DAP. Jika tidak, elok dibubarkan sahaja parti PAS.






4 comments:
Masa PAS nak laksanakan negara Islam, berapi-rapi ko kutuk PAS dan takutkan orang bukan Islam dengan negara Islam. Bila PAS nak laksanakan hudud di Kelantan, Mahathir bantah dengan hantar surat ugutan kepada Kelantan. Bila PAS nak laksanakan sebahagian konsep negara Islam (negara kebajikan) korang hentam jugak PAS kata lari dari perjuangan. Nape marah sangat dengan PAS nak buat negara kebajikan?
PAS buat negara Islam pun bangkang, PAS nak fokus negara kebajikan pun bangkang.
Nape? UMNO nak laksanakan negara Islam ke dengan ubah dasar parti?
Amanat untuk Haji Hadi.
50 tahun PAS menggunakan Islam untuk tujuan politik! Hj Hadi, sekarang barulah Allah tunjuk true colours kau. Memang betullah menjadi Solat Hajat korang semua. Ibrahim Libya mati katak dek amanat kau. Islamkah yang kau dokong tu? Ke kau semata nak mengejar kerusi parlimen. Na’uzubillahi minkum!! Memang laknat punya pusing cakap!! Baru kau sedar lepas 50 tahun takda istilah Negara Islam dalam Quran, habis yang kau bersyarah sampai tersembul biji mate kau tu, sampai tekak kau keluar api membantai orang lain tak buat Negara Islam tu ape?
Sekurang-kurangnya pemimpin jati Melayu lain taklah berselindung di sebalik Islam. Kerana understood memperjuangkan nasib Melayu bermakna Islam automatic makmur. Benda ni tak susah nak faham. Pemimpin jati Melayu dulu memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu dan membangunkan supaya setaraf dengan kemajuan bangsa lain. Kalau tu pun nampak salah I tak taulah.
Sekian ramai orang melayu yang berpendidikan tinggi, bebas untuk mengamalkan Islam, berjawatan tinggi dan melonjak keluar dari aras kemiskinan. Itu semua siapa perjuangkan?
Cuma I sedih PAS dan UMNO dua-dua umat Islam. Ketepikan sengketa dan buatlah kerajaan campuran kalau tak nak dok sebumbung pun. Orang lain semua dah sokong DAP. Kau jangan mimpi DAP nak perjuangkan nasib kau. Entah-entah anak kau nanti pun bukan cakap dapat biasiswa, masuk local U pun terhegeh hegeh nak dapat.
Sedarlah orang Melayu yang rata-rata menjunjung agama Islam. Orang dia solid 30% sokong DAP. Orang kita split 27% PAS 27% UMNO. Bangsa-bangsa lain balance 16% nak jadi tak significant pun dan memang tak mampu sebab bangsa dia solid 30% jadi kingmaker.
Kalau DAP ada 30% full majoriti dia dah tak perlukan PAS lagi. PAS akhirnya jadilah pecacai melukut di tepi gantang sebab DAP lagi ramai % daripada PAS dan Aljuburi pulak tak diperlukan lagi, tak relevan pasal DAP dah dapat undi PAS. So buat apa lagi nak Hj Hadi jadi PM? dia orang dah majoriti beb!
Bila Kit Siang jadi PM you all orang Melayu jangan mimpilah nak jadi pentadbir kerajaan ke pemimpin sekolah ke, pentadbir universiti ke atau pembuat dasar. Sebab u Melayu pencapaian pendidikan dan ekonomi lemah dan segelintir besar (ironis) malas kerja dan malas belajar. Dahlah kompani melayu tak banyak, Petronas and GLC tu semua state-owned. Dah dapat kat DAP u think dia akan pikir pasai Melayu? Bacalah blog Redhuan Tee untuk faham minda ultra kiasu. Dia Cina Muslim sendiripun rasa tertindas inikan pula kita Melayu rata-rata Islam.
Nanti jangan bising ye anak tak boleh masuk local u. semua kena hantar universiti cekai kat indonesia. Jangan bising ye orang Melayu tak boleh jadi Yang Dipertuan Majlis Perbandaran, ketua jabatan kerajaan, dekan local U dll sebab itulah tempat orang Melayu cari makan gaji.
Sokong berpada-pada. Ingat sentiasa 'Walan tardha ankal Yahudu walan Nasara..."
"tidak sekali kali akan redha Orang Yahudi dan Nasara sehinggalah kamu ikut cara hidup mereka."
Siapa Teresa Kok? Nga Kor Ming? Ngeh Koo Ham? Hannah Yeoh? Teoh Ni Ching? Nasara Maa.. Lu orang ingat dia mahu ingat sama you?
Pikirlah orang Melayu. Sampai waktu tu kita tak perlukan Aljuburi lagi pasai dia pun dah jadi mereka. Tak percaya tengoklah pendirian Aljub mengenai pluralisme dan Lina Joy, Ketuanan Rakyat dan hubungannya dengan Yahudi sedunia.
Pikirlah Orang Melayu yang menjunjung kedaulatan Islam.
siap pakai sun glasses... leh tido lena...
Salam,
Mls nk ckp panjang.. Juz nk tanye. Apa UMNO buat utk ISLAM??
Post a Comment