
“Kalau bukan kita yang nak tolong bangsa kita sendiri, siapa yang akan datang menghulur bantuan. Kami juga ibarat `melukut di tepi gantang’ bila bersama-sama DAP walaupun pada awal penubuhan DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong dua tahun yang lepas,kami ini diibaratkan sebagai `anak emas’, apa sahaja yang permintaan kami, kononnya akan ditunaikan oleh DAP khususnya ADUN Kinrara yang kini merupakan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok,” ujar bekas Pengerusi DAP Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab, 58.
Sehubungan itu, Harun bersama kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan petang tadi.

Demikian kata kata Hassan Ali, dua tahun lepas ketika ada beberapa orang Melayu masuk DAP. Kini DAP sudah tidak perlukan lagi ahli-ahli yang masuk DAP itu. Mereka tidak hiraukan lagi sebab mereka yakin dengan isu-isu rasis yang mereka mainkan. DAP juga mencaturkan agar kumpulan PAS tidak lagi diperintah oleh kumpulan ulama dalam Muktamar PAS. Hassan Ali sendiri mahu disingkirkan oleh DAP. Orang-orang Melayu, ambillah pengajaran dari cerita Harun Abdul Wahab. Jangan menyesal sesudah kita hilang semua kuasa.





0 comments:
Post a Comment