Chin Peng mahukan parti komunis diiktraf sama dengan parti-parti lain pada waktu tersebut. Bila ditolak, sikap sebenar Chin Peng mulai terserlah. Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: "Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir". Mengapa hari ini perlu ada pihak yang mendewakan Chin Peng dan ideologi tersebut?
30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan pada 25 Jun 2011 di plaza tol Sungai Dua, mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Pencegahan adalah lebih baik sebelum keadaan menjadi huru hara. Kekejaman komunis cukup hitam di negara ini (baca sini). Warganegara Malaysia yang lahir selepas peristiwa darurat di negara perlu mensyukuri nikmat keselamatan yang ada di negara ini.
Unsur-unsur komunisme sudah mula timbul kembali di negara ini. Video propaganda dari Malaysiakini di atas turut menyanjung perjuangan komunis. Ada buku yang ditulis untuk menyanjung tokoh-tokoh komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ada Facebook sanjung komunis diwujudkan. Ada forum berkaitan komunis sudah mula dibincangkan di negara ini (baca sini). Malah ada pemimpin berbangsa Melayu di negara ini sanggup membawa pulang semula Chin Peng ke Malaysia (baca sini).
Sudah ada usaha-usaha untuk hidupkan semula perlembagaan yang dimahukan oleh komunis dahulu di negara ini (baca sini). Dalang perlembagaan tersebut dan dalang demonstrasi BERSIH 2 adalah pihak yang sama (baca sini). Apakah maksud tersirat gengaman tangan tersebut sama dengan logo bintang pecah lima? Memang wajar keamaanan negara ini dijaga sebelum pihak komunis mengambil peluang dan kesempatan untuk menghancurkan negara ini. Sebelum segalanya dihancurkan, lebih baik mereka ditahan untuk menjaga keamanan negara.

0 comments:
Post a Comment