Pendedahan yang dibuat oleh Panglima Perang Siber mengenai khutbah jumaat di seluruh negeri Selangor pada 10 Jun 2011 yang dipergunakan untuk pertahankan Anwar Ibrahim. Mimbar khutbah dan khatib sanggup dipergunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mempertahankan Anwar Ibrahim.Politik membela kesalahan video sex sudah menular sampai ke dalam masjid. Tindakan mempergunakan khutbah untuk tujuan politik ini telah mencemar titah Sultan Selangor yang tidak mahu politik dijadikan sebagai medan politik. Apakah sampai begitu terdesak sekali Anwar Ibrahim hingga sanggup mempergunakan agama untuk tujuan membela kesalahan yang dilakukannya sendiri. Politik sebegini tidak boleh dibiarkan, akidah umat Islam perlu terus dijaga agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang.





5 comments:
Imam masjid Ubudiah, Tasek Ampang, Ampang; pun berbuat demikian.Tak tahu apalah nak jadi kat Negeri Selangor sekarang ni.
masjid UPM pon perdengar khutbah ni...
MOHON ADA WAKIL BUAT REPORT POLIS JIKA ADA KHATIB TBERTUGAS KAITKAN NAMA UMNO ATAU KERAJAAN DALAM KHUTBAH UBAHSUAI MEREKA TUE
Kalau Khatib tak baca tak boleh ke? nanti kena buang, hilang sumber pencarian. biar porak poranda agama dan masyarakat, asal poket tak kering.
Politik pembangkang kini dah menggila, lepas ni nak buat kempen bersih pula, satu lagi gila.
Menteri Amaran Dalam Negeri belum bagi amaran lagi ke. Kali ni kena bagi amaran keras sikit.
Bagus la khutbah yang macam tu. Kita ummat Islam di Malaysia patut bersyukur sebab kita dapat ilmu pengetahuan berkaitan bab-bab liwat, zina, khazaf dll.
Kalau tak de isu ni, mesti ummat Islam Malaysia ni jahil pasal seks, zina, liwat dan khazaf.
Sekurang-kurangnya, masjid dijadikan medan untuk mengajar dan mendidik masyarakat kita tentang isu-isu ni. Aku kira ummat Islam Malaysia adalah manusia yang paling arif tentang liwat, zina, dan khazaf. Mereka diajar tentang ilmu pengetahuan tentang zina sejak dari tahun 1999 sehingga 2008(sehingga anwar aktif politik semula). Kemudian, ummat Islam didedahkan dengan hukum hakam berkaitan zina pada tahun 2011.
Aku kira rakyat Malaysia patut bersyukur kerana mereka faham macam mana prosiding mahkamah. Sekurang-kurangnya mengajar rakyat tentang isu-isu ni.
Ummat Islam di Malaysia juga patut bersyukur kerana mereka tahu tentang hukum kerajaan memberikan duit haram kepada rakyat dan hukum orang Islam masuk dalam masjid (walaupun benda macam ni dah berlaku zaman nabi).
Syukur... Alhamdulillah.
Post a Comment