Bila Mohd Sabu berada di saf hadapan PAS, Hassan Ali dan Harun Taib terus disingkirkan dari kepimpinan PAS. Nasharuddin pula dikalahkan untuk memberi ruang kepada kumpulan Anwarinas menguasai PAS secara mutlak. Dua H sudah disingkirkan, satu lagi H (Haron Din) lambat laun akan disingkirkan secara halus oleh Anwarinas.
Hassan Ali digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor manakala Harun Taib digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Akibat sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak dan kemahuan kumpulan Anwarinas, dua H tersebut disingkirkan daripada senarai Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2011-2013. Penyingkiran ini tentunya akan memuaskan hati DAP yang tersenyum puas melihat PAS mengikut cakapnya.

Kit Siang pernah hadir dalam Perasmian Muktamar Sanawi ABIM pada tahun 1980, ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Presiden ABIM. Kit Siang ketika itu masih lagi Setiausaha Agung DAP datang memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim.

Selepas 21 tahun, Kit Siang hadir pula dalam Muktamar PAS kali ke-57 untuk memberi sokongan kepada kumpulan Anwarinas yang telah berjaya menguasai PAS. Dengan bercermin mata hitam, Kit Siang puas melihat Anwarinas menjayakan misi DAP bila menggugurkan slogan negara Islam dan menyingkirkan kumpulan ulama dari PAS. Apa lagi yang dimahukan oleh DAP? Orang Melayu sudah mula menyokongnya, yang DAP mahukan hanya satu lagi iaitu KUASA.

0 comments:
Post a Comment