Monday, June 27, 2011

DAP Pertikai Perkara 121 (1A)

"Sepatutnya semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas diberikan kebebasan penuh untuk memilih agama masing-masing" ini kenyataan Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas pada 25 Jun 2011 (baca sini). Kenyataan Ngeh ini ternyata selari dengan apa yang dituntut oleh Interfaith Commission (IFC) dalam perkara pertama tuntutan IFC. (baca sini). Semua tuntutan IFC ini bermula dengan insiatif daripada Bar Council yang dipengerusikan oleh Ambiga dan turut sama membantunya adalah Irene Fernandez dan Malik Imtiaz.

Turut dipertikaikan DAP adalah mengenai perkara 121 (1A) berkaitan dengan kuasa mahkamah syariah. Perkara sama pernah dipertikaikan oleh Ambiga dalam forum memeluk Islam yang dianjurkan oleh Bar Council pada 9 Ogos 2008. Ini bukan kali pertama pembangkang mempertikai kuasa Mahkamah Syariah dalam perkara 121 (1A), sebelum ini beberapa kali mereka pertikaikannya. (baca sini). Yang peliknya, PAS sanggup lagi menghantar gerombolan bas untuk bersama-sama dengan kumpulan yang mempertikaikan agama ini. Mereka ini jelas penyokong tegar IFC dan mahu "membersihkan" perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan. PAS mahu terlibat sama jayakan IFC dan hapus kuasa mahkamah syariah?

0 comments: