Thursday, June 23, 2011

BERSIH 2 Mendapat Pembiayaan PIhak Luar?

BERSIH 2 adalah kempen untuk elak Anwar Ibrahim masuk ke penjara? Irene tolong Anwar.


Mary Robinson, seorang aktivis pro homoseksual, rakan baik Anwar Ibrahim dalam ICG (International Crisis Group) ketika menjadi Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membiayai badan-badan hak asasi manusia untuk berkempen membebaskan Anwar dari penjara. Antara NGO yang disalurkan bantuan kewangan tersebut adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA).


Amnesty International Malaysia (AIM) pernah dipimpin oleh Irene Fernandez yang kini sedang sibuk bersama Ambiga untuk mengatur demonstrasi BERSIH 2. Dulu ketika Anwar dalam penjara, Irene Fernandez menerima geran daripada National Endowment for Democracy (NED) untuk bebaskan Anwar. Kini, ketika kes liwat Anwar Ibrahim di ambang penyelesaian, apakah ada dana daripada luar yang disalurkan melalui Irene untuk menghalang Anwar daripada masuk semula ke dalam penjara?. Dana itu mungkin disalurkan untuk demonstrasi BERSIH 2. Akaun pertubuhan dan mereka yang mempunyai kaitan dengan penganjuran BERSIH 2 perlu disiasat, sekiranya ada keraguan maka mereka wajar diadili sebelum duit tersebut digunakan untuk mengkucar kacirkan negara ini.

Perjumpaan antara Hashim Jasin (Pesuruhajaya PAS Negeri Perlis) dengan Filbert Tay, Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada 15 Mei 2011. Khabarnya dalam perjumpaan tersebut, Filbert Tay bersetuju untuk membiayai kompleks PAS di Perlis. Menurut sumber yang lain, Filbert bersetuju untuk membiayai PAS dengan sejumlah dana untuk pilihan raya akan datang. Sanggup PAS berpakat dengan orang luar untuk berkuasa di negara ini. Mereka lebih suka bergaduh dengan sahabat sesama muslim tetapi berbaik baik dengan pihak dari luar negara. Berapa banyak dana yang diberi oleh pihak luar ini kepada PAS?

4 comments:

Anonymous said...

Bogeyman merata-rata. Sekejap Illiminati sekejap Freemason, sekejap Yahudi, sekejap Komunis dan sekarang Singapura pula.

Musuh sebenar semua orang pun dah tahu. Tak payang tunjuk kat ornag lain dah. Dah basi dan muak cerita-cerita dongeng ni.

Anonymous said...

kalau tak kerana duit macam ni rasa2nya sanggup tak PAS jadi barua? jawapannya tentu tidak!

kerana janji2 duit macam ni lah PAS (Pengikut Aziz Setan), dari dulu sampai sekarang dan selama2nya, terutama Mat Sabu yang biul tu sanggup buat apa saja untuk huru-harakan negara melalui Bersih 2 'yang kotor' bertaik tu.

anti bohmau said...

nanti puak2 pas akan kata:

dah kerajaan pusat tak mau tolong bantu kami, elokla pas terima bantuan asing!

semakin hari semakin busuk bisul yg arwah fadzil noor tinggalkan sejak tabung memali dirobek kepimpinan pas!

Anonymous said...

NAMA SJ POLITIK ISLAM TP SEBENARNYA MENJUAL ISLAM...