Friday, May 6, 2011

RM3juta Diseleweng DAP


RM3 juta dipercayai diseleweng oleh ADUN DAP untuk biayai kegiatan politik parti DAP. Buletin Utama Tv3, 5 Mei 2011 telah melaporkan cawangan DAP terima sumbangan dari syarikat kontraktor yang mendapat projek daripada kerajaan negeri Selangor.

Ini bermakna Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi lindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah? .Itu antara persoalan dibangkitkan ketika prosiding Suruhanjaya Siasatan Teoh pada 5 Mei 2011.

ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan peguam mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah membangkitkan beberapa perkara ketika menyoal Ean Yong.

Selaku ADUN, peruntukan diterima 600 ribu Ringgit setahun.Ean Yong turut menjadikan Kuala Kubu Baru dan Batang Kali sebagai ADUN angkatnya. Bagi kedua-dua DUN itu, Ean menerima peruntukan 500 ribu Ringgit setahun.

Jelas Datuk Seri Shafee, keseluruhannya sejak dua tahun lalu, Ean Yong telah menerima 3.2 juta Ringgit melaksana projek di ketiga-tiga DUN itu. Jumlah peruntukan itu diakui Ean Yong. Ditanya sama ada semua wang itu telah disalah guna dan kemudian disalur untuk biaya aktiviti politik DAP, ADUN Seri Kembangan itu bagaimanapun menafikannya.

Nafi sahaja tidak cukup, Ean Yong perlu membuktikan secara beraudit mana duit tersebut pergi.Datuk Seri Shafee turut mencadangkan kepada ADUN berusia 32 tahun itu sama ada boleh dikatakan Teoh membunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan parti DAP dari tuduhan rasuah. Ini kerana Teoh tahu banyak perkara dan kegiatan yang berlaku.


Sekali lagi ia dinafi. Datuk Seri Shafee turut mempertikai dokumen ditemui di komputer milik Teoh. Antaranya surat tuntutan dari kontraktor berkaitan projek dilaksanakan. Datuk Seri Shafee berkata ia memberi gambaran seolah-oleh Ean Yong dan Teoh yang menetapkan kadar bayaran dan bukan mengikut garis panduan ditetapkan. Ean Yong tidak bersetuju dengan perkara itu.Prosiding akan bersambung Isnin depan. Kebenaran dalam isu Teo makin terserlah, apakah penyokong-penyokong pembangkang tidak dapat menerima bahawa parti mereka juga melakukan rasuah?

0 comments: