“Tengoklah tangisan dan rintihan rakyat Selangor hari ini di Kg Sg Kerandang, mereka yang kata sayangkan rakyat, nak merakyatkan negeri ini namun tindakan dan sikap kerajaan negeri ternyata tidak menyebelahi rakyat sebaliknya menkayakan kroni-kroni mereka.
“Dua puluh tahun lebih mereka menduduki dan mengusahakan tanah ini, tempat mereka tinggal, tempat mereka mencari makan, di sinilah keluarga mereka, tetapi hari ini kerajaan negeri mahu menghalau mereka dengan merobohkan penempatan dan ladang-ladang mereka, ke mana mereka nak pergi,” katanya.
Beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan kira-kira 150 orang penduduk Kampung Sungai Kerandang mempertahankan kampung mereka daripada diranapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas arahan kerajaan negeri Selangor.
Tambahnya, beliau mendapat tahu bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini kerana mereka telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Ini jelas kata beliau sifat kerajaan negeri Selangor yang mengutamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang. PKR sekali lagi menzalimi rakyat di Selangor. Tolak pakatan pembangkang di Selangor.






3 comments:
tu ler pasai.. yg masa dulu berkuasa dan ada kuasa kenape tak selesaikan dengan memberi hak milik kekal.. bila betukar kerjaan ini ler jadi nyer ..nak salah siapa ... dah tak der kuasa... ckap pun tak guna...
Saya harap pihak penduduk Kg Kerandang dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka kerana andalah yang sebenarnya memilih pemimpin yg akan merobohkan rumah anda. Bagi pihak rakyat Malaysia yang lain, kami ucapkan tahniah di atas keputusan anda. Diharap anda tidak menyesal....
Mane perginye keadilan untuk rakyat kampung sungai kerandang...menteri besar selangor perlu lebih berfikiran rasional....sewajarnye mb memberikan hak milik kekal kepada rakyat kampung sungai kerandang hulu selangor..!!!!!!!
Post a Comment